Ketua Parlimen Pakatan Harapan, Datuk Johari Abdul.
Johari Abdul

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan.

Pelantikan beliau dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bersidang pada 2 Ogos lalu, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah.

Johari adalah Ketua Whip PKR sejak tahun 2008 hingga 2013. – MalaysiaGazette