Allahyarham Nizen Ayob
Allahyarham Nizen Ayob

KUALA LUMPUR – Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob menghembuskan nafas terakhirnya pukul 11.55 pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Doktor yang merawat allahyarham mengesahkan kematiannya disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Jenazah yang diuruskan di hospital dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk urusan pengkebumian.

Rakannya, Salina Saibi memaklumkan berita yang menyedihkan itu di laman sosialnya sejurus menerima perkhabaran berkenaan.

Sementara itu, allahyarham pernah mendakwa beliau disihir oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu diketahui umum sebelum ini selepas allahyarham memuat naik gambar di laman Instagramnya menunjukkan sebatang paku berkarat dan objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti selain kecederaan di dahi ketika berubat.

Malah, beliau pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang dihidapinya pada awal Mei tahun lalu.

Objek serupa dan beberapa batang paku berkarat didakwa telah dikeluarkan daripada badannya. – MalaysiaGazette