Perlanggaran antara sebuah lori tangki dan sebuah lori mengakibatkan kebakaran besar di Bologna, Itali. foto Agensi

ROM – Dua orang maut manakala 55 lagi cedera selepas sebuah lori tangki dan lori bertembung dan meletup di jalan raya di Bologna, Itali.

Kebakaran itu menyebabkan letupan dan kebakaran yang besar.

Gambar-gambar yang dirakam oleh polis menunjukkan lori tangki telah terlanggar belakang lori yang berhenti di jalan raya.

Beberapa kereta yang diletakan di kawasan berhampiran terbakar.

Pelanggaran itu menyebabkan kebakaran bola api yang besar, mengakibatkan jambatan di kawasan berlaku kemalangan terpaksa ditutup.

Penutupan jalan di Borgo Panigale mengakibatkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Media Itali melaporkan ramai orang awam yang cedera apabila terkena serpihan dan gelas akibat daripada letupan tersebut.

Tingkap di kebanyakan kediaman di kawasan berkenaan juga hancur. – MalaysiaGazette