Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 07 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beberapa laporan media bahawa beliau akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Di lobi Parlimen, Najib berkata; ‘Tidak, tidak, tidak,” jawab beliau kepada media berhubung dakwaan akan ditahan hari ini.

Media melaporkan Ahli Parlimen Pekan itu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd.

Memetik laporan Utusan Malaysia, waran tangkap bekas pemimpin itu telah dikeluarkan namun enggan mengulas lanjut bila penahanan itu akan dilakukan.

“Ya, Najib mungkin ditahan,” tulis Utusan yang mendapat maklumat dari sumber.

Najib akan dipanggil Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, sekitar jam 5 petang ini bagi memberikan keterangan berhubung tiga pertuduhan dakwaan rasuah berkaitan SRC yang sedang dijalankan oleh SPRM. – MalaysiaGazette