Hishammuddin Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dibicarakan mengikut lunas undang-undang yang telus.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, Najib wajar diberi keadilan bagi setiap pertuduhan ke atasnya.

“Inilah peraturan undang-undang. Proses yang berlaku.

“Saya hanya berharap proses itu adil dan dia diberi perbicaraan yang adil,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Najib hari ini didakwa dengan tiga lagi pertuduhan menerima wang hasil aktiviti penggubahan wang haram membabitkan RM42 juta empat tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau tidak mahu mengulas berhubung pendakwaan terhadap Najib pada hari ini  sebagai penganiayaan politik.

“Tidak, bukan saya orang yang layak untuk bercakap tentang penganiayaan politik.

“Tetapi kita kena teliti dan lihat bagaimana prosiding dan proses mahkamah berjalan adakah ia bersandarkan ‘rules of law’. -MalaysiaGazette