KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahudin Ayub akan memulakan perbincangan khas dengan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membincangkan mengenai keperluan untuk melihat masa depan sektor pertanian di negara ini.

Perbincangan itu, katanya, akan diadakan antara pihak tertinggi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta UPM mengenai bagaimana universiti itu dapat memainkan peranan dalam memperkasakan sektor pertanian negara.

“Dalam memacu negara ke era pertanian moden, peranan UPM pastinya menjadi faktor paling penting bagi merealisasikan visi dan misi kementerian mencapai matlamatnya.

“Seperti sedia maklum, UPM pada awal penubuhannya berfungsi sebagai sebuah institut pendidikan yang menekankan pertanian sebagai teras,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan bila pertemuan tersebut bakal diadakan.

Ketika bercakap kepada pemberita di Seminar Empowering of Agriculture Extension 2018 di Dewan D MAEPS semalam, Salahudin dilaporkan berkata, hasrat kementerian itu untuk menubuhkan sebuah universiti yang kursus pendidikannya menumpukan sepenuhnya kepada bidang dan sektor pertanian.

Katanya, ke arah menterjemahkan hasrat itu, pihaknya telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan mendengar beberapa pandangan khususnya daripada tokoh dan individu yang terlibat secara langsung dalam pengembangan pertanian negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast