LONDON – Manchester United memberitahu Barcelona yang pihaknya tidak berhasrat untuk menjual Paul Pogba kali ini.
The Red Devils telah membelanjakan 89 juta pound untuk pemain skuad Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 itu untuk membawa kejayaan dalam skuad itu.
Kelab yang dimiliki adik beradik Glazer dari Amerika Syarikat itu tidak melayan spekulasi yang mengatakan pemain antarabangsa Perancis berkenaan bersedia meninggalkan kelab itu.
Kenyataan itu menyusul setelah agen pemain itu Mino Raiola sedang brusaha untuk memeterai perjanjian selepas Barcelona meluahkan minat untuk mendapatkan pemain itu.
Barcelona membuat bidaan ditambah tawaran dua pemainnya.
Pogba kembali menjalani latihan bersama kelab di Carrington minggu ini dan masih belum disahkan sama ada akan beraksi dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Old Trafford pada malam Jumaat ini.
United kini diambang krisis dalam merekrut pemain baharu ke kelab ketika ini.
Dengan jendela permindahan musim panas bakal membuka tirai dalam masa 24 jam lagi, Man United masih belum berjaya membawa pemain yang disasarkan.
Jose Mourinho juga kecewa dengan komited yang ditunjukkan Ed Woodward yang masih gagal merekrut nama pemain yang senarai pendek.
Walaupun beberapa akhbar tabloid berpengkalan di London mendakwa kononya Pogba sudah bersetuju terma kontrak bersama the Catalans, segala maklumat itu masih belum terbukti benar.
Mourinho juga tidak bersedia untuk melepaskan Pogba selagi tidak memiliki pengganti sesuai.- MalaysiaGazette
















