Petroliam menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation).

KUALA LUMPUR – Jumlah sumber minyak dan gas yang ditemui di Malaysia termasuk di lapangan yang belum beroperasi adalah 6.7 bilion tong minyak setara (Bboe).

Daripada jumlah itu, Semenanjung Malaysia mempunyai rizab minyak mentah dan gas berjumlah 2.2 Bboe, Sarawak mempunyai 2.8 Bboe dan Sabah mempunyai 1.7 Bboe.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pada masa ini, Petronas mempunyai data rizab minyak dan gas di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beliau menjawab Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim (Pas) yang bertanyakan tentang rizab minyak dan gas negara.

Tambah Azmin, tahap pengeluaran purata tahunan semasa, rizab minyak dan gas dijangka dapat bertahan selama 10 tahun.

“Petronas akan meneruskan usaha dan kerjasama secara berterusan dalam pencarian rizab-rizab baharu di dalam dan di luar negara terutama bagi lapangan tiga laut dalam.

Bagaimanapun, ini akan melibatkan kos yang tinggi disebabkan oleh kerumitan dan risiko yang perlu dihadapi oleh syarikat minyak negara itu.

Penemuan rizab-rizab baharu diharap akan dapat memanjangkan jangka masa rizab minyak dan gas negara selain memastikan sumber bekalan yang terjamin, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast