TERKINI : Kerajaan Ada Jalan Lain Jika SST Ditolak – Saifuddin Nasution

Putrajaya mempunyai jalan lain sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 tidak lulus di peringkat Dewan Negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution berkata, langkah itu diambil memandangkan kapasiti Ahli Dewan Negara yang dimiliki Barisan Nasional (BN) melebihi daripada Ahli Dewan Negara dari Pakatan Harapan (PH).

“Sudah tentu ada beberapa jalan keluar yang diteliti Kementerian Kewangan termasuk mendapatkan nasihat perundangan kerana ada implikasi tertentu apabila melibatkan rang undang-undang kewangan.

“Beberapa perkara harus kita teliti apabila dikemukakan di Dewan Negara dan sekiranya berdepan kemungkinan tidak diluluskan,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast