Foto Instagram Zizie Ezette.

KUALA LUMPUR – Pelakon Zizie Ezette menjelaskan suaminya,  Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak pernah mengabaikan  tanggungjawab sebagai ketua keluarga biarpun sibuk sebagai wakil rakyat.

Zizie, 39, berkata, Bung yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan telah menyediakan pengasuh untuk membantu dia menjaga anak-anak mereka.

Menerusi laman sosial Instagramnya, Zizie bersama anak-anak dan pengasuhnya sedang bercuti di Greece.

“Walaupun DSBM (Datuk Sri Bung Moktar) selalu sibuk tapi tak pernah lupa akan tanggungjawab dan telah memudahkan tanggungjawab saya dengan mengupah pengasuh bayi. Saya tidak hebat tanpa mereka,” ujar Zizie.

Dia menjawab soalan di Instagram berkaitan cara menjaga anak-anaknya dengan suami yang selalu sibuk.

pix z
Zizie dan anak-anak sedang bercuti di Greece.

Zizie berkahwin dengan Bung Moktar pada tahun 2009 dan merupakan isteri kedua.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November lalu.

Dia turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.

Selain itu, Zizie juga memberitahu dia melayan anak angkat secara adil bersama anak-anak kandungnya.

Zizie berkata, dia dan keluarganya tidak pernah ada istilah anak angkat kerana kesemua mereka adalah tanggungjawab dan amanah Allah. – MalaysiaGazette