KUALA LUMPUR – Aliran masuk pelabur asing dalam Bursa Malaysia terus meningkat untuk dua dua minggu berturut-turut pada minggu lalu.

Dana-dana asing merekodkan aliran masuk sebanyak RM458.2 juta minggu lalu, lebih tinggi berbanding RM348.9 juta pada minggu sebelumnya, menurut MIDF Research.

Pelabur asing bermula perlahan dengan pelaburan sejumlah RM3.9 juta pada hari Isnin – aliran masuk paling perlahan setakat tahun 2018.

Namun, ia melonjak kepada RM233.4 juta dan RM229.6 juta, masing-masing pada hari Selasa dan Rabu, seiring dengan peningkatan sebanyak 0.50 peratus yang direkodkan oleh FBM KLCI.

Rabu juga agak luar biasa kerana ia adalah kali pertama bursa tempatan ditutup melebihi 1,800 mata sejak akhir Mei tahun ini, didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh di Amerika Syarikat terutamanya dalam sektor kewangan, yang mana S&P 500 tutup pada paras tertinggi tertinggi sejak akhir Januari tahun ini pada hari Selasa.

Firma penyelidikan itu menambah, belian bersih asing pada hari Khamis merosot kepada hanya RM18.2 juta bersih kerana pelabur lebih berhati-hati berikutan langkah China mengenakan tarif 25 peratus ke atas import Amerika Syarikat yang bernilai AS$16 bilion berkuatkuasa 23 Ogos 2018.

Mata wang Turki, Lira pula susut ke tahap rendah pada hari Jumaat di tengah-tengah kemungkinan krisis ekonomi Turki merebak ke pasaran serantau yang lain.

Situasi itu mendorong menyebabkan aliran keluar bersih asing di bursa berjumlah RM26.9 juta.

MIDF Research berkata, sehingga kini, aliran keluar pelabur asing dari Malaysia semakin menyusut dari RM8.45 bilion kepada RM8 bilion setakat Jumaat lalu.

Katanya, Malaysia masih menjadi negara yang merekodkan aliran keluar kedua paling rendah berbanding empat pasaran ASEAN.

Meskipun penyusutan sebanyak 12.4 peratus nilai purata dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur-pelaburan asing namun ia masih aktif kerana nilainya melepasi RM1 bilion untuk lima minggu berturut-turut.

Manakala ADTV dalam kalangan peruncit dan institusi tempatan kekal kukuh, masing-masing melebihi RM1 bilion dan RM2 bilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast