Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedia bertemu dengan kumpulan hijau atau penduduk Bukit Koman di Raub, Pahang bagi menyelesaikan masalah kesan bahan kimia sianida (cyanide) yang digunakan dalam perlombongan.
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, kerajaan sedia mendengar rasa tidak puashati rakyat Bukit Koman yang mendakwa bahan kimia itu telah mendatangkan penyakit kulit dan mata.
“Kami menjemput kumpulan cyanide esok atau lusa datang berjumpa dengan menteri dan pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) hadir perbincangan atau ketidakpuasan hati.
“Penduduk Bukit Koman menyatakan ada penyakit kulit dan mata merah disebabkan oleh tindak balas cyanide yang digunakan di situ,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.