Rafael Nadal
Nadal menarik diri daripada kejohanan Cincinnati Master di AS

CINCINNATI – Pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal menarik diri daripada kejohanan Tenis Cincinnati Masters di Ohio Amerika Syarikat.

Nadal membuat keputusan mengejut itu menjelang kejohanan  berkenaan yang akan membuka tirai minggu ini.

Faktor kesihatan memaksa jaguh tenis popular itu mengambil keputusan untuk tidak menyertai Cincinnati Masters.

Bintang berusia 32 tahun dari Sepanyol itu menjulang gelaran itu pada 2013.

Namun Nadal merasakan dia memerlukan rehat secukupnya susulan kejayaan merangkul Piala Rogers di Toronto Ahad lepas.

“Saya memohon maaf mengumumkan bahawa saya tidak akan beraksi di Cincinnati tahun ini,” katanya secara ringkas dalam akaun twitternya.

“Saya perlu menjaga kesihatan diri.

“Saya berterima kasih kepada Pengarah Kejohanan Cincinnati Andre Silva, yang sabar bercakap dengan saya dan memahami situasi semasa setelah dijelaskan menerusi perbualan telefon.” katanya.

Bagaimanapun Nadal memberi harapan untuk bertemu penyokongnya dalam kejohanan sama pada tahun hadapan dan kesal tak dapat bersama musim ini di Cincinnati.

Nadal pemenang Grand Slam sebanyak 17 kali, mengumpul gelaran ke-80 kariernya pada Ahad apabila menewaskan pemain muda dari Greece, Stefanos Tsitsipas 6-2 7-6 (7-4). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast