TERKINI: Sindiket ‘Abang Is’ Kena Cekup Imigresen

Sebuah sindiket yang disyaki menjalankan penipuan penggajian semula pekerja asing dengan menggunakan syarikat pelancongan berjaya ditumpaskan semalam.

Sindiket ‘Abang Is’ yang telah mengaut keuntungan kira-kira RM2.2 juta itu melibatkan 270 mangsa terdiri daripada pekerja dari India, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor dan Negeri Sembilan bersama Pasukan Taktikal Khas (Pastak) telah mengesan dan menjalankan tangkapan terhadap suspek yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan menerusi agen pelancongan yang berdaftar sebagai Growing Global Multiple Business Sdn. Bhd.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast