Ahli Parlimen Pekan – BN Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan UMNO sejak meninggalkan jawatan Presiden parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Presiden baharu UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bebas membuat sebarang keputusan misalnya dalam soal majlis tertinggi parti selain penentuan calon PRK Sungai Kandis yang berlalu.
“Saya menyokong dia (Ahmad Zahid) sebagai presiden parti dan memberi kerjasama penuh.