Tertuduh seorang wanita warganegara Vietnam, Doan Thi Huong dikawal ketat oleh anggota polis selepas menghadapi tuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara dan diarahkan untuk membela diri oleh mahkamah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 OGOS 2018.
Tertuduh seorang wanita warganegara Vietnam, Doan Thi Huong dikawal ketat oleh anggota polis selepas menghadapi tuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara dan diarahkan untuk membela diri oleh mahkamah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 OGOS 2018.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkan warga Indonesia Siti Aisyah dan warga Vietnam Doan Thi Huong membela diri terhadap pertuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara,  Kim Chol atau Kim Jong-nam pada tahun lepas.

Hakim  Datuk Azmi Ariffin semasa menyampaikan keputusan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Siti Aisyah, 26, dan Doan, 29, pada akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Hakim  Azmi berkata beliau telah mengambil langkah untuk meneliti semula keterangan secara objektif  dan berpendapat kes pihak pendakwaan daripada semua sudut khususnya perilaku saksi pihak pendakwaan pada perbicaraan.

MGF16052018_KESKIMJONGNAM_13
Tertuduh seorang wanita warganegara Indonesia, Siti Aisyah dikawal ketat oleh anggota polis selepas menghadapi tuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara dan diarahkan untuk membela diri oleh mahkamah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 OGOS 2018.

“Saya juga secara terperinci menimbangkan hujahan kukuh dibentangkan di hadapan saya oleh peguam yang bijaksana dan timbalan pendakwa raya yang bijaksana.

“Cukup untuk saya katakan pada akhir kes pihak pendakwaan, saya telah membuat penilaian maksimum keterangan yang diberikan dan saya mendapati seluruh keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada peringkat ini adalah berwibawa untuk diterima dengan selamat oleh mahkamah.

“Atas alasan-alasan  yang saya sebutkan itu, saya berpuas hati semua intipati dalam pertuduhan terhadap tertuduh yang perlu dibuktikan telah dibuktikan. Saya dengan ini mendapati pihak pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. Saya dengan itu memerintahkan mereka membela diri terhadap pertuduhan masing-masing,” katanya yang menyampaikan penghakimannya selama dua setengah jam bermula 10 pagi.

— BERNAMA