Kedudukan MU sukar digugat
Pep Guardiola mengakui jirannya Manchester United masih merupakan pesaing yang perlu ditewaskan untuk gelaran utama di Eropah.

MANCHESTER – Pep Guardiola mengakui mengenepikan kelab jiran, Manchester United merupakan misi sukar untuk dicapai.

Pengurus Manchester City itu berkata, the Red Devils merupakan kelab tersohor dunia yang sukar digugat sejak dua dekad lalu.

Guardiola merupakan kawan akrab bekas pengurus United, Alex Ferguson dan menegaskan kelab jiran yang diterajui Jose Mourinho itu masih berbisa dan pencabar utaqma misi EPL setiap musim berbanding kelab lain.

Ferguson ketika menerajui United pada 1986 sentiasa menjadikan misinya untuk memadam dominasi musuh tradisi, Liverpool dalam bola sepak England.

Guardiola mendedahkan kegemilangan United selama dua dekad lalu menyebabkan dirinya lebih bersemangat untuk memintas rekod itu suatu hari nanti bersama City.

Bos the Etihad itu memberitahu Dokumentari Amazon: “Kita mempunyai jiran yang merekodkan kemenangan 15 atau 20 tahun bersama Ferguson.

“Saya rasa cabaran besar sebagai pengurus ialah mengubah tradisi itu,” katanya.

City mengecewakan United musim lalu apabila menjulang EPL dengan perbezaan 19 mata. – MalaysiaGazette