TERKINI : Akta Berita Tidak Benar Bukan Tujuan Politik – Azalina Othman

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menolak usul kerajaan untuk memansuhkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 yang dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Azalina menegaskan, akta yang digubal ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) itu bukan untuk menzalimi mana-mana pihak termasuk mendakwa ahli politik daripada Pakatan Harapan (PH) sejak ia dikuatkuasakan sejak 11 April lalu.

“Saya nak tanya kepada timbalan menteri, bilakah akta ini digunakan dalam pendakwaan politik? Sejak akta ini diwujudkan sampai sekarang, tiada langsung di mana kerajaan pada masa itu mendakwa orang politik.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast