Pereka jangan takut untuk menghasulkan busana untuk golongan bertubuh besar atau ‘plus size’ kerana bimbang rugi, kata Azhar Zainal.
Pengarah dan pereka fesyen itu berkata sepatutnya golongan ‘plus size’ tidak hanya dianggap golongan minoriti lagi di dalam negara sebaliknya perlu diberi layanan yang sama khususnya dalam berfesyen.