KUALA LUMPUR — Hanya satu kawasan iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan bacaan 203, setakat 10 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana kecuali di Kangar, Perlis; di Langkawi dan Alor Setar, Kedah dan di Tawau, Sabah yang mencatatkan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di seluruh negara boleh merujuk laman web http://apims.doe.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast