Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
SHAH ALAM- “Hari ini saya baru tahu susu berperisa coklat dikenakan cukai, saya ingat susu telah dikecualikan cukai,” demikian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selepas sesi taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Guan Eng berkata, dalam pengetahuannya hanya susu asli sahaja dikecualikan cukai ketika pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini.
“Saya ingat susu telah dikecualikan cukai, susu asli tiada gula tidak kena cukai, tapi susu coklat dikenakan cukai.
“Ini kerana susu amat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Saya akan kecualikan susu coklat daripada dikenakan cukai SST,” katanya ketika ditemui pemberita di Hotel Saujana Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Terdahulu Guan Eng bersama Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy menghadiri sesi itu lebih tiga jam di hadapan 500 peniaga yang berdatar dengan sistem MyGST sebelum ini.
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (dua kiri) berbual bersama Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy (dua kanan) pada sesi taklimat SST bersama Menteri Kewangan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 18 OGOS 2018

Ahli Parlimen Bagan itu juga berkata, taklimat itu juga bagi memberi peluang kepada peniaga berdialog dengan kerajaan untuk mendapatkan maklum balas berhubung pelaksaaan SST yang bakal diluluskan minggu depan.

“Kita akan berikan kepercayaan biar mereka mohon dulu, selepas itu kita akan siasat, kalau kita dapati bahawa mereka tidak dikecualikan maka mereka kena bayar.
“Kalau mereka dikecualikan, bayaran akan dikecualikan, itu adalah apa yang kita sebut pendekatan lembut di mana kita akan percaya sama mereka,” katanya.
Katanyai, siri dialog bersama pihak industri itu dapat membantu memastikan mereka sama ada layak atau tidak dikenakan cukai susulan ‘threshold’ telah dinaikkan kepada RM1 juta setahun berbanding RM500,000 dalam GST.
“Percaya dulu, kira kemudian kerana kerajaan Malaysia dibina di atas Pakatan Harapan atas percaya sama percaya bersama dengan rakyat dengan kerajaan
“Kita harap mereka tidak cuba laeri daripada bayar cukai, bercakap benar, dengan ini kita boleh atasi masalah ini,” katanya. – MalaysiaGazette