Mohd Saiiful maut di lokasi manakala isterinya cedera dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Suami maut manakala isteri cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd Saiiful Hassan, 42, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan.

Manakala isteri mangsa berusia 41 tahun cedera di bahagian tangan kiri, kedua-dua kaki dan masih menerima rawatan di zon kuning Hopsital Pulau Pinang (HPP).

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kejadian berlaku jam 11.15 pagi ketika pasangan tersebut dalam perjalanan dari arah George Town menghala ke Bayan Lepas.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggangi ejen bengkel kereta itu terbabas.

“Impak kejadian itu menyebabkan mereka terjatuh sebelum lelaki tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Tambah Swee Sake, mayat mangsa dihantar ke HPP untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast