Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan melancarkan satu
Yeo Bee Yin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melarang penggunaan beg plastik bukan biodegradasi secara sepenuhnya dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat seawal Oktober ini.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin bagaimanapun berkata, larangan itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau memberitahu Nanyang Siang Pau, kementeriannya tidak akan menguat kuasa apa-apa dasar baharu secara tergesa-gesa, tetapi ia akan dilakukan mengikut peringkat.

Menurutnya, ‘tempoh penampan’ akan diberikan selepas pengumuman rasmi yang dijangka dibuat pada pertengahan Oktober.

Bee Yin bagaimanapun menegaskan, kementeriannya juga tidak akan membenarkan ‘u-turn’ berlaku selepas keputusan kerajaan diumumkan.

Beliau menjelaskan, berbanding dasar kerajaan negeri Selangor yang mengenakan kutipan bayaran ke atas beg plastik, Kerajaan Persekutuan pula mahu melarang penggunaan beg plastik bukan biodegradasi secara sepenuhnya.

“Orang ramai bagaimanapun tidak perlu terlalu bimbang dengan ketiadaan beg plastik kerana ini merupakan rancangan jangka panjang,” katanya.

Bee Yin juga meminta perniagaan membabitkan beg plastik supaya tidak tergesa-gesa membuat andaian dan keputusan, tetapi mereka dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi kerajaan.

“Yang penting, jangan mengambil apa-apa tindakan dalam keadaan ‘tahu tidak tahu’, mereka mungkin membuat keputusan perniagaan yang silap dalam keadaan seperti ini,” katanya.