Kumpulan penyelamat sedang membawa mangsa-mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat di Itali. foto Agensi

ROM – Sekurang-kurangnya lapan pejalan kaki terbunuh akibat banjir kilat di selatan Itali.

Kejadian itu berlaku semasa empat lelaki dan empat wanita sedang meniti sebuah jurang di taman negara di rantau Calabria melalui kawasan sungai yang deras.

Dua belas orang lain diselamatkan, termasuk seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun, ketua perlindungan awam tempatan memberitahu TV Itali.

Lima orang mangsa telah diberi rawatan di hospital.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan berapa ramai orang berada di sungai berkenaan ketika banjir berlaku.

Operasi mencari dan menyelamat sedang berjalan. – MalaysiaGazette