Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid

KLANG – Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenyataannya yang mengaitkan Perdana Menteri  dengan usaha menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kelapan.

Menurut calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR  itu pihaknya telah menghantar surat permohonan maaf tersebut kepada pejabat Perdana Menteri kira-kira 9.40 pagi tadi.

“Setelah diberi nasihat, penjelasan dan arahan oleh Datuk Seri Anwar berhubung pelaksanaan peralihan kuasa menerusi panggilan telefon selama 41 minit semalam, dengan ini saya memohon maaf.

“Permohonan maaf itu dibuat atas keterlanjuran bicara saya dan semoga kebimbangan saya tentang usaha dan cubaan menggagalkan peralihan kuasa tersebut adalah perkara yang tidak benar,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Anggota Parlimen itu sebelum ini mendakwa Mahathir dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin cuba menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast