Marin dihukum penjara 4 tahun atas kesalahan menerima rasuah melibatkan kontrak kejohanan bola sepak tahun lalu

BRASILIA – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Brazil dipenjara empat tahun selepas disabit bersalah menerima rasuah.

Jose Maria Marin, 86, salah seorang daripada pegawai kanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang ditahan di sebuah hotel di Zurich pada Mei 2015.

Dia dituduh menerima wang suapan rasuah daripada sebuah syarikat pemasaran sukan sebagai pertukaran untuk kontrak penyiaran kejohanan iaitu Copa Amerika.

Malah Marin juga didenda $1.2 juta dolar atau 920,000 pound.

Dia dijatuhkan hukuman oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Pamela Chen dan Marin merupakan pegawai pertama dihukum dalam siasatan rasuah melibatkan FIFA.

Marin juga merupakan bekas gabenor Sao Paulo, mendapati bersalah atas enam daripada tujuh pertuduhan terhadapnya pada tahun lalu.

Dia juga dituduh atas kesalahan pengubahan wang haram dan konspirasi penipuan.

Marin dituduh bersama Juan Angel Napout yang mengetuai badan pemantauan Bola Sepak Amerika Selatan yang juga akan dihukum kelak.

Peguambela Marin berkata anakguamnya akan merayu ke atas hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Persekutuan.- MalaysiaGazette