KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membatalkan tarikh peperiksaan akhir tahun yang ditetapkan sekolah sekolah di Kedah sehari selepas sambutan Perayaan Deepavali November ini.

KPM mengambi tindakan itu selepas maklumat tular dalam laman sosial bahawa terdapat peperiksaan akhir tahun dijalankan di sekolah-sekolah di negeri Kedah sehari selepas perayaan Deepavali tahun ini.6

Mengikut maklumat tular itu, sebuah sekolah di negeri utara itu menetapkan peperiksaan akhir tahun bagi Tingkatan 4 pada 7 November 2018.

Ia telah menerima rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen khususnya masyarakat India.

KPM berkata, ekoran maklumat viral itu, pihaknya serta merta membatalkan tarikh peperiksaan akhir tahun tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, KPM mengarahkan semua sekolah kebangsaan dan menengah di negara ini agar mengikut garis panduan yan ditetapkan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing dalam penetapan jadual peperiksaan akhir tahun.

“Tarikh peperiksaan akhir tahun itu seperti ditetapkan sekolah-sekolah telah dibatalkan dan telah diubah ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya menerusi kenyataan yang sama.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian memandang serius perkara itu dan menyarankan semua pihak sekolah agar merujuk kepada JPN berkenaan tarikh-tarikh penting.

“Pihak sekolah juga seharusnya sentiasa peka dengan tarikh sambutan perayaan di negara ini,” sebut kenyataan itu lagi.- MalaysiaGazette