Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. Foto Facebook Johor Southern Tgers.

KUALA LUMPUR –  Johor Darul Ta’zim (JDT) merancang untuk mengurangkan jumlah kapasiti Stadium baharu kelab bola sepak itu yang kini dalam proses pembinaan.

Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata, pengurangan itu disebabkan jumlah kehadiran penyokong yang semakin merosot.

“Stadium baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sepatutnya akan siap sepenuhnya pada bulan M tahun hadapan.

“Tetapi projek ini telah memakan lebih banyak masa oleh kerana pemilik kelab, DYAM Tunku Mahkota Johor dan barisan pengurusan kelab ingin mengurangkan kapasiti stadium daripada 40,000 orang kepada 20,000 orang sahaja.

“Oleh itu, ia terpaksa kemungkinan dilakukan semula mengikut kapasiti yang telah diubah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Rasmi Johor Southern Tigers.

Stadium JDT baharu itu memiliki keluasan tanah seluas 140,000 meter persegi turut melibatkan kawasan pembangunan seluas 70,000 meter persegi dan dijangka siap pada tahun depan.

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mampu memuatkan kapasiti maksimum sehingga 40,000 penonton.

Selain memiliki kemudahan padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran.

Pemilik JDT, Tunku Ismail ISultan Ibrahim, turut terlibat secara langsung dalam projek ini antaranya beliau mahukan kedudukan stadium ini menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput, penambahan kepingan cermin di sekeliling kawasan dalam stadium dan merapatkan kedudukan kerusi penonton dengan padang.

Beliau juga memberi idea agar meninggikan sedikit kedudukan kerusi di bahagian ‘grandstand’ dan juga meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih disekeliling luar stadium untuk pencahayaan pada waktu malam. – MalaysiaGazette