Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata lencongan serta penutupan jalan akan dibuat bermula hari ini sehingga 31 Ogos.
Beliau berkata, jalan terlibat ialah Laman Perdana, Persiaran Perdana, Lebuh Wawasan, Lebuh Saujana, Lebuh Bestari, Lebuh Setia, Jalan Perpaduan, Jambatan Wawasan, Jalan Pembangunan, Jalan Kemerdekaan dan Jalan T A Rahman.
“Lebih kurang 6,000 lot parkir awam disediakan dan bagi memudahkan orang ramai ke lokasi sambutan serta terdapat bas ulang-alik yang disediakan di zon tertentu untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
“Sambutan ini akan dimeriahkan dengan perbarisan serta perarakan aset PDRM, ATM serta agensi lain dan dijangka 300,000 orang akan hadir,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, beliau berkata 1,351 pegawai dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan dan lalu lintas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya.
“Polis mengharapkan kerjasama orang ramai supaya mematuhi segala arahan dan nasihat yang diberikan agar sambutan Hari Kebangsaan ini akan berjalan dengan lancar,” katanya. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast