tommy
Tommy Thomas .- foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2018

KUALA LUMPUR- Peguam Negara, Tommy Thomas memberi jaminan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 pasti akan dimansuhkan kerana undang-undang kontroversi itu bertentangan dengan kebebasan manusia.

Bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihaknya termasuk mengadakan rundingan dengan pelbagai kementerian terutama Kementerian Dalam Negeri.

“SOSMA pasti akan dimansuhkan, tunggu masa sahaja, bergantung kepada rundingan dengan banyak kementerian.

“Akta tersebut adalah bertentangan dengan kebebasan manusia, saya sebenarnya terkejut apabila ada peguam jenayah yang mengatakan SOSMA diperlukan untuk mengawal gengster,” katanya.

SOSMA yang dilihat sebagai pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diluluskan pada 2012 dengan tujuan antara lainnya untuk mengekalkan ketenteraman awam dan membendung aktiviti individu atau kumpulan yang mahu menggulingkan kerajaan atau melemahkan negara.

Menurut kerajaan terdahulu, SOSMA diperlukan untuk mengekang aktiviti pelampau termasuk yang berkaitan dengan Islamic State.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun. Dr Mahathir Mohamad pada bulan lepas berkata, akta tersebut akan dimansuhkan bagi memberi keadilan kepada rakyat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast