Gambar hiasan

CANBERRA – Sebuah bot haram dipercayai telah terperangkap dan ditemui ditinggalkan di perairan buaya di utara Queensland, Australia.

Pihak berkuasa telah menemui 11 orang dan percaya masih ada yang bersembunyi di paya bakau berhampiran Daintree, utara Cairns.

Mereka yang ditemui itu merupakan warga negara Vietnam dan Filipina.

Setakat ini pihak berkuasa tidak dapat memastikan sama ada mereka ada pemancing haram atau pelarian.

Dipercayai bot berkenaan dinaiki kira-kira 40 orang.

Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri berkata, keutamaan mereka adalah memastikan kesemua penumpang bot berkenaan selamat.

“Kami tidak tahu sama ada mereka ini adalah pelarian atau nelayan haram yang terkandas di perairan Australia.

“Bot mereka terlalu teruk dan penumpang dipercayai terperangkap,” kata ahli Parlimen Queensland, Michael Healy.

Datuk Bandar, Julia Leu bimbang kerana penumpang-penumpang bot itu berada dalam habitat buaya dan nyawa mereka dalam risiko.

Sekiranya bot itu membawa pencari suaka, ia akan menjadi pendaratan pertama yang berjaya di Australia sejak bertahun-tahun lamanya.

Australia juga memegang pencari suaka dalam kemudahan kontroversi di negara Pasifik Nauru.

Sekalipun didapati pelarian asli, mereka disekat daripada ditempatkan semula di Australia.

Pada kebiasaannya, pelarian boleh pulang ke negara asal, ditempatkan semula di Manus atau Nauru, atau pergi ke negara ketiga. – MalaysiaGazette