“Aishah Bagai Kacang Lupakan Kulit” – DSV | EDISI MG 29 OGOS 2018

Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dato Seri Vida menyifatkan juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah seperti ‘kacang lupakan kulit’ gara-gara isu kontroversi viral hadiah rantai emas putih bertatah batu permata yang didakwa penyanyi itu palsu.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Aishah terdesak memerlukan wang tunai apabila enggan menerima tawaran pertukaran hadiah dengan rantai emas putih itu dengan Lavida Coin iaitu bisnes baharunya dalam mata wang kripto.

Kontroversi Dato Seri Vida dan Aishah timbul apabila penyani lagu Janji Manismu itu mendedahkan mengenai ketulenan barangan kemas tersebut dan meluahkan rasa kecewa apabila pemeriksaan di kedai barang kemas mendapati rantai tersebut bukan asli dan tidak mempunyai nilai.