OSLO – Peruncit perabot IKEA akan menutup tiga cawangannya di Norway bagi mengurangkan kos selain mengakui keuntungannya susut.

Tiga cawangan itu di Oslo, Aalesund dan Tromsoe yang dibuka pada tahun 2015 dan tahun 2016.

IKEA kini merancang untuk mengurangkan kos di Norway sebanyak 10 peratus untuk membantu meningkatkan keuntungan.

Pekerja di ketiga-tiga cawangan yang ditutup itu ditawarkan pekerjaan di kedai lain, kata syarikat itu.

Sebagai sebahagian daripada program selama tiga tahun untuk memperbaharui kedudukannya, IKEA berkata, ia akan meningkatkan penawaran atas talian dan memendekkan masa penghantaran. – MalaysiaGazette