Suspek, Datuk Hasanah Abdul Hamid diiringi pegawai SPRM hadir ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman kes salah guna dana PRU14 di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OGOS 2018.

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Hasanah merupakan individu kelapan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan siasatan salah guna Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

Beliau yang berusia 61 tahun itu ditahan pada pukul 4.15 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk memberi keterangan.

Siasatan awal mendapati Hasanah terlibat bersama-sama tujuh lagi pegawai kanan yang direman semalam menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi.

Siasatan SPRM dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast