Seorang Penguatkuasa DBKL mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu atas kesalahan meletakkan kenderaan di laluan basikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 1 FEBRUARI 2018
Seorang Penguatkuasa DBKL mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu atas kesalahan meletakkan kenderaan di laluan basikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 1 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun serendah RM20 kepada pesalah trafik yang belum menjelaskan notis kompaun kesalahan tempat letak kenderaan bermeter dan lalu lintas.

Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad berkata kadar khas kompaun itu akan ditawarkan bermula 1 Sept hingga 30 Sept ini.

“Kompaun khas RM20 diberikan bagi pengguna motosikal, RM30 bagi kereta, MPV, van, lori kecil, pikap, 4WD dan SUV manakala RM50 bagi kenderaan berat seperti lori besar, bas, kren, traktor dan treler.

“Inisiatif ini adalah peluang bagi pesalah trafik menyelesaikan notis kompaun yang diterima sebelum 1 Sept 2018 bagi mengelakkan kes mereka disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Namun kadar khas itu tidak termasuk kesalahan yang sudah disenarai hitam (status W) dan kes mahkamah seperti tindakan undang-undang (U), sebutan mahkamah (M) dan waran tangkap (W)), katanya.

–BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast