Mariano Diaz. Foto Goal.com

LONDON – Mariano Diaz kembali ke Real Madrid selepas semusim bersama Lyon yang menyaksikan dia menjaringkan 21 gol sepanjang beraksi dengan pasukan Ligue 1 itu.

ESPN melaporkan, Real menggunapakai klausa yang terkandung di dalam kontrak Diaz untuk membenarkan kelab  berbuat demikian.

Diaz sepatutnya menyertai Lyon dengan kontrak selama lima tahun sehingga 2023 bermula musim lalu.

Sementara itu, Lyon juga mengesahkan Real akan membayar €30 juta untuk mendapatkan khidmat Diaz dengan tambahan bonus bernilai €3 juta selepas hanya menjual pemain tersebut pada harga €8 juta setahun lalu.

Lyon juga dilaporkan bersetuju dengan tawaran 15 peratus daripada nilai jualan sekiranya pemain tersebut dijual pada masa hadapan.

Diaz menyertai Los Blancos pada 2012 daripada Badalona dan melakukan penampilan pertama bersama skuad utama dalam perlawanan Celta Vigo ketika di bawah kendalian Zinedine Zidane pada musim 2016/17.

Dia tampil sebanyak 14 kali untuk Real pada musim tersebut dan menjaringkan lima gol dalam semua pertandingan.

Jurulatih Real, Julen Lopetegui memerlukan khidmat Mariano pada musim ini selepas pemain tersebut semakin hampir untuk disambar oleh Sevilla.

Sebelum penjualan Mariano ke Real diumumkan, Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas menyifatkan gergasi La Liga itu bersikap tidak serius pada mulanya untuk mendapatkan pemain itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast