pelakon tempatan berusia 25 tahun ditahan miliki dadah di TTDI
Artis pelakon wanita popular tempatan dicekup miliki dadah

KUALA LUMPUR – Dua individu dipercayai bersubahat membuat panggilan telah meletakkan bahan letupan bom di Stesen Penyiaran Swasta Sri Pentas TV3 berjaya dicekup polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan mengenai penahanan kedua dua suspek berusia 44 dan 46 tahun itu pada jam 8.30 malam di Pahang.

Katanya pada Rabu 29 Ogos lalu, sepasukan polis Bahagian D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bersama D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Selangor telah menangkap dua lelaki di Jalan Ahmah Shah Bandar Lama Temerloh.

Kedua dua suspek yang ditangkap dikenali sebagai Nur Azhan (46 tahun) dan Ahmad Rahmat berusia 44 tahun.

“Nur Azhan suspek pertama ditangkap di Jalan Ahmad Shah Temerloh manakala Ahmad Rahmat pula ditahan di Kampung Lubuk Kawah, Temerloh .

“Hasil siasatan awal polis mendapati suspek pertama yang ditangkap iaitu Nur Azhan mengakui dia telah membuat panggilan ke talian kecemasan 999 pada Selasa 28 Ogos lalu sekitar jam 10.10 malam.

“Nur Azhan turut mengakui kepada polis bahawa Imam Al Mahadi dan pengikutnya meletakkan bahan letupan bom di Sri Pentas TV3,” katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, Nur Azhan juga menyatakan dia dan rakannya Ahmad Rahmat merupakan kenalan lama sejak 30 tahun lalu.

“Namun soal siasat polis juga mendapati suspek pertama Nur Azhan adalah seorang pesakit mental yang menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Justeru, siasatan terperinci polis juga suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan perbuatan jenayah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan tahun 2012 dan pernah membuat panggilan menyatakan terdapat bom di Plaza Temerloh pada tahun 2017 yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” tegas beliau.- MalaysiaGazette