Acara rasmi Hari Keputeraan dan Jamuan Teh Diraja sempena sambutan ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dibatalkan.
Acara rasmi Hari Keputeraan dan Jamuan Teh Diraja sempena sambutan ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dibatalkan.

KUALA LUMPUR – Acara rasmi Hari Keputeraan dan Jamuan Teh Diraja sempena sambutan ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dibatalkan.

Majlis itu sepatutnya diadakan pada 9 September ini di Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan agar peruntukan perbelanjaan bagi kedua-dua acara itu dikembalikan kepada kerajaan dengan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang telah merancang acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda.

Bagaimanapun, acara-acara rasmi sambutan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancangkan. – MalaysiaGazette