Ketua Pegawai Eksekutif Manhajj Mutawwif, Abd Halim Ikhsan bergambar di pejabatnya Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 28 OGOS 2018.

SUBANG – Manhajj Mutawwif Umrah & Holidays Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) akan membawa lebih 700 jemaah umrah termasuk dari luar negara akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Halim Ikhsan berkata, bakal jemaah tersebut melibatkan negara Indonesia, Brunei dan Singapura.

Justeru beliau berkata, pihaknya menyasarkan dapat membawa jemaah umrah lebih 30,000 orang pada tahun depan berdasarkan sambutan luar biasa ketika ini.

“Sejak dilancarkan pakej umrah pada Mei lalu, seramai 700 peserta telah mendaftarkan diri dengan melibatkan jemaah Indonesia seramai 200 orang, Singapura dan Brunei masing-masing seramai 60 orang dan bakinya adalah jemaah tempatan.

“Objektif Manhajj Mutawwif adalah ingin mencetus pembaharuan di negara ini selepas memiliki syarikat produksi, televisyen online serta menganjurkan kursus mutawiff,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabat di sini baru-baru ini.

Manhajj Mutawwif kini menyediakan pakej umrah bermula RM5,490 hingga RM7,690.

MGF27082018_TEMUBUAL MANHAJJ MUTAWWIF04
Abdul Halim menyasarkan dapat membawa jemaah umrah lebih 30,000 orang pada tahun depan berdasarkan sambutan luar biasa ketika ini.

Abdul Halim menambah, selain berperanan sebagai pengendali pakej umrah, Manhajj Mutawwif juga akan membekalkan bakal jemaah kepada syarikat pengendali lain.

“Kami akan memperkenalkan aplikasi terkini di telefon bimbit tidak lama lagi dalam usaha memberikan inovasi kepada umat Islam dan bakal jemaah umrah serta haji.

“Aplikasi itu akan menawarkan ciri-ciri antaranya seperti pendaftaran umrah, pengendali umrah, mutawiff, pakej umrah dan pelbagai informasi.

“Malah lebih menarik, aplikasi ini akan membolehkan jemaah di Tanah Suci menekan butan panik jika sesat di sana untuk dikesan serta-merta oleh mutawiff selain ahli keluarga boleh mengesan pesawat yang dinaiki untuk mengetahui lokasi mana penerbangan berada atau pun sudah selamat sampai,” katanya.

MGF27082018_TEMUBUAL MANHAJJ MUTAWWIF05
Abdul Halim turut menerbitkan program realiti televisyen terbaharu, Manhajj Mutawwif yang disiarkan di Astro Oasis pada Mac lalu.

Manhajj Mutawiff sebelum ini menerbitkan program realiti televisyen terbaharu yang turut dikenali Manhajj Mutawwif yang disiarkan di Astro Oasis pada Mac lalu.

Program yang berunsur dakwah itu bertujuan mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

“Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah.

“Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang. Harapan saya melalui rancangan ini mutawwif akan lebih dikenali dan kami akan menerbit musim kedua tidak lama lagi,” katanya.

Program musim pertama selama satu jam setengah itu menampilkan Shuib Sepahtu dan Amin Idris sebagai pengacara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast