TERKINI : Apa Kata Pengunjung? Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan ke 61

Bertemakan Sayangi Malaysiaku – sambutan Hari Kebangsaan 2018 di sini hari ini dipenuhi dengan semangat patriotik.

Sambutan bersejarah itu berlangsung di Dataran Putrajaya bermula 8 pagi sejurus keberangkatan tiba Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Lagu Negaraku dinyanyikan dan ikrar menyusul selepas 14 das tembakan meriam oleh Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja diketuai Mejar Asri B.Che Wil.

Turut menyaksikan perbarisan dan perarakan ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, barisan menteri kabinet wakil diplomat dan def dif jemputan.

Tinjauan Malaysia Gazette mendapati orang ramai dianggarkan 300,000 membanjiri kedua dua bahu jalan di Dataran Putrajaya seawal 6 pagi lagi bagi menyaksikan perbarisan dengan penuh semangat patriotik.