Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dasar kerajaan terdahulu yang mengamalkan pasaran terbuka dalam industri otomotif membuatkan Proton tidak berjaya untuk bersaing dengan pembuat kereta import.
Ujar Dr Mahathir, oleh kerana itu Proton tidak berdaya saing kerana turut disekat untuk memasuki beberapa negara pengeluar kereta import.
Jelasnya dasar pasaran terbuka yang diamalkan kerajaan terdahulu tidak adil kepada Proton kerana disekat untuk memasarkan produk mereka.