Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan kurang sihat sebelum ini kini semakin pulih dan sedang berehat di kediamannya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan kurang sihat sebelum ini kini semakin pulih dan sedang berehat di kediamannya.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan kurang sihat sebelum ini kini semakin pulih dan sedang berehat di kediamannya.

“Keadaan beliau kini telah semakin pulih dan sihat walafiat serta sedang berehat di kediamannya,” menurut kenyataan Pejabat Abdullah hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, bekas perdana menteri yang lebih selesa dipanggil Pak Lah itu dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih atas segala ucapan dan doa dari semua golongan masyarakat yang telah menunjukkan keprihatinan setelah tersebarnya keadaan kesihatan beliau.

— BERNAMA