KUALA LUMPUR – Pegawai Pakar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Ketua SST akan menjawab sebarang pertanyaan berkaitan percukaian itu.
Ia merupakan beberapa inisiatif dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan selepas melaksanakan SST pada 1 September lalu bagi membantu peniaga memahami prosedur pelaksanaan cukai tersebut.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, untuk pertanyaan lanjut berkaitan SST, peniaga boleh menghubungiPusat Panggilan Kastam di talian 1300 888 500 atau emel [email protected].
Pertanyaan juga boleh dibuat kepada talian Helpdesk SST 03-83237499/7522 atau SST Crisis Centre di talian 03-8882 2289/2303/2492/2617. – MalaysiaGazette