Jordan Henderson mengikat kontrak lima tahun bersama the Kops semalam.

LIVERPOOL – Jordan Henderson menandatangani kontrak lima tahun bersama Liverpool.

Bintang antarabangsa England berusia 28 tahun itu beraksi dalam 250 perlawanan bersama the Kops sejak berhijrah dari Sunderland tujuh tahun lepas.

Henderson telah menandatangani kontrak lima tahun bersama the Reds pada tahun 2015 dan berbaki dua tahun untuk tamat kontrak.

Henderson memberitahu laman web rasmi kelab: “Saya berasa seperti baru semalam menyertai Anfield dan banyak perubahan berlaku selama tujuh tahun ini.

“Saya mahu bersama kelab ini selama yang mungkin,” katanya. – MalaysiaGazette