Sultan Muhammad V. foto SYAFIQ AMBAK, 17 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenana berangkat untuk menghadiri empat majlis rasmi sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi baginda pada 9 September ini.

Acara dan majlis yang bakal dihadiri baginda adalah majlis solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 6 September ini dan khutbah khas dan solat Jumaat di masjid yang sama pada 7 September.

Sultan Muhammad V juga berkenaan berangkat ke majlis istiadat mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1 pada 12 September dan forum Perdana Diraja di Istana Negara pada 13 September.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, tidak ada istiadat mengadap dan pengurniaan bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Muhammad V kali ini.

Memandangkan Hari Keputeraan baginda jatuh pada 9 September ini (Ahad), maka cuti gantian diberikan pada 10 September 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast