Presiden Majlis Peguam, George Varughese mengalu-alukan peletakan jawatan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
George Varughese

KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Pendakwa Raya menarik balik pertuduhan rasuah ke atas Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita Phang Li Koon bukan mengejutkan.

Ini kerana ia dibuat berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Malah, Presiden Majlis Peguam, George Varughese berkata, pendakwa berhak mempunyai prerogatif untuk menolak daripada meneruskan pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah sebelum penghakiman dilakukan.

“Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi peguam yang mewakili tertuduh melakukan representasi kepada Pejabat Peguam Negara, sama ada untuk menarik dan/atau meringankan pendakwaan yang dikenakan terhadap anak guam mereka. Adalah menjadi kelaziman Pejabat Peguam Negara menerima representasi berkenaan.

“Timbalan Pendakwa Raya juga menjelaskan bukti yang ada tidak mencukupi untuk meneruskan pendakwaan. Oleh yang demikian penarikan balik tuduhan bukan mengejutkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam kes pembelian sebuah lot banglo yang dibeli di bawah harga nilai pasaran. – MalaysiaGazette