Pelanggan, Rosnah Mohd Sajap, 50, menunjukkan resit pembelian semasa membeli barangan keperluan selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mydin Masjid India, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Pihak-pihak industri akan diberikan satu taklimat mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan langkah proaktif bagi memberi kefahaman kepada industri terlibat berhubung perkara tersebut agar pelaksanaannya berjalan lancar.

Menurut kenyataan itu, sesi taklimat tersebut akan dihadiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Taklimat berkenaan akan diadakan pada Sabtu ini di Dewan Perhimpunan Cina, Bentong pukul 2 petang manakala keesokannya akan berlangsung di Hotel Eastin, Pulau Pinang dan Hotel Royale Signature, Alor Setar di Kedah yang masing-masing bermula pukul 9 pagi dan 2.30 petang. – MalaysiaGazette