Hanya kerana mahu lulus ujian memandu, seorang penuntut kolej bertindak di luar jangkaan dengan mengacukan sebilah pisau kepada seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
A valid licence and proper insurance are not mere formalities.

KOTA KINABALU – Empat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan lesen memandu tanpa mengikut prosedur.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Afiq Agoes selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Faliq Basiruddin.

Kesemua empat individu itu yang berumur di antara 26 dan 29 tahun ialah pegawai JPJ di cawangan Kota Belud, Kota Kinabalu, dan Tuaran.

Faliq berkata kesemua individu itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu semalam semasa hadir memberi keterangan.

“Mengikut aduan mereka turut didakwa menerima suapan,” katanya kepada pemberita selepas urusan reman itu selesai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 kerana mengeluarkan lesen tanpa mengikut prosedur.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast