Nadal
Rafael Nadal berjaya mara ke separuh akhir Terbuka AS selepas mengharungi 4 jam 49 minit untuk menewaskan lawannya dari Austria dalam lima set hari ini. - BBCSports

NEW YORK – Juara bertahan, Rafael Nadal menang perlawanan suku akhir yang mengambil masa yang paling lama dalam sejarah Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Jaguh nombor satu dunia itu terpaksa mengharungi lima set selepas dikejutkan lawan 0-6 pada set pembukaan suku akhir di gelanggang stadium Arthur Ashe.

Bagaimanapun pemain berusia 32 tahun itu bangkit menang perlawanan paling lama itu yang tamat 2.03 pagi waktu tempatan.

Nadal selepas tersungkur pada set pertama kepada Dominic Thiem dari Austria, bangkit menewaskan Thiem 0-6 6-4 7-5 6-7(4-7) 7-6 (7-5) mengambil masa empat jam 49 minit.

Thiem memberi tentangan sengit sehingga memaksa Nadal beraksi mati-matian untuk menempah tiket ke suku akhir selaku juara bertahan acara perseorangan itu.

Juara Grand Slam sebanyak 17 kali itu melompat gembira selepas mengesahkan mata terakhir untuk mara ke separuh akhir.

Selepas perlawanan Nadal bertindak memujuk lawannya:” minta maaf, kamu masih mempunyai perjalanan panjang dalam karier tenis untuk menyinar,” katanya.

Ditanya bagaimana dia berjaya mengharungi ujian getir itu daripada Thiem, Nadal berkata, ” sebenarnya inilah pertarungan yang sangat sengit dan tidak boleh melupakan selama lamanya”.

Nadal akan beraksi menentang pemain Argentina Juan Martin del Potro pada separuh akhir Jumaat ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast