TERKINI : Komen Tun M? “Mereka Boleh Beli Hartanah di Forest City Tapi…”

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertegas tidak akan memberikan sebarang visa dan kebenaran kepada warga asing yang membeli rumah di Forest City.

Katanya warga asing boleh membeli hartanah di kawasan itu namun tidak sesekali akan mendapat sebarang visa sekiranya berbuat demikian.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mempunyai syarat sedia ada bagi warga asing membeli rumah di negara ini.

Sekiranya mereka masih mahu menjadikan Malaysia sebagai kediaman tetap boleh membuat permohonan menerusi program Malaysia My Second Home (MM2H).